congkak adalah salah satu permainan tradisional
Hmmm kalau korang nk taw, boleh dikatakan tiap2 hari taw saya bermain congkak masa kecik2 dlu..tp sekarang semuanya tinggal kenangan taw..mesti korang yang perempuan pernah bermain kn best taw!! permainan congkak memerlukan kepakaran matematik dalam mengira bilangan buah dan mengatur strategi untuk menang..satu keliihan juga bagi seorang pemain yang mempunyai kecekapan jari yang pantas bergerak meletak buah kerana dapat mengatasi pusingan lawannya..
Dulu, kitaorang main atas tanah jew..dan kitaorang buat beberapa lubang..lagi best taw!! tp sekarang semua itu telah tiada..kalau ada yg main pn mesti main menggunakan papan congkak kn.. tp sekarang nie pn jarang nk tengok ada kaum hawa main permainan nie..
best taw main atas tanah !!
Tatacara permainan:-
- Dimainkan oleh 2 individu yang duduk saling berhadapan.
- Sebuah congkaka mempunyai 14 lubang kecil dan 2 lubang besar atau dikenali "Runah" di kiri dan kanan.
- Dibahagikan kepada 2 bahagian, setiap seorang memiliki 7 lubang kecil dan 1 rumah.
- Permainan mestilah bermula bersama-sama dari bahagian sendiri dari sebelah kanan menghala ke kiri lalu
berpusing seperti "u" dan menuju ke bahagian lawan dan selanjutnya.
-Terpulang pada individu itu untuk memilih lubang kecil yang mana satu tapi harus ingat hanya yang bahagian kepunyaan sendiri.
- Jika berhenti disesuatu lubang dan terdapat bauh didalammya, dia boleh mengambil dan meneruskan perjalanannya sehingga mati.
- Mati dikira apabila pemain berhenti dilubang kecil akibat kehabisan buah dan lubang kecil itu kosong.
- Tetapi jika berhenti dilubang kecil bahagiannya sendiri lalu dihadapannya terdapat lubang kecil kepunyaan lawannyayang mempunyai buah, pemain itu boleh menikam atau mengambil semua buah itu lalu dasimpan dalam rumahnya.
- Kini tiba giliran si lawan pula bermain. Pemenang dinilai melalui rumah mana yang menyimpan buah banyak.


No comments:
Post a Comment