Nie saya nak cerita kat korang semua tempat keindahan alam semulajadi kt kampung di Kelantan..sebenarnya, banyak sangat tempat-tempat menarik..korang bukannye taw semua kn tempat tu?? mesti ada yg pernah pergi dan ada yang tidak..ha nanti korang bleh la nk pergi atau nk tenangkan fikiran kt sini...bestt sgt2 taw !!!
Kalau korang rasa nk mandi air terjun, korang bleh la pergi ke tempat2 air terjun..airnyee sjuk sgt2 taw..law dpt mandi rasa macam tak nak naik..seronokkkk!!!
JERAM LINANG
Jeram Lenang merupakan salah satu kawasan rekreasi hutan lipur air terjun yang terkenal di Kelantan. Jeram Lenang terletak di Hutan Simpan Ulu Sat, Machang. Air terjun Jeram Lenang yang setinggi 12 meter ini sering menjadi tumpuan untuk lokasi perkelahan. Jeram Lenang terletak kira-kira 65 km daripada Kota Bharu, 15 km dari Machang dan 10 km dari Pasir Puteh. Ia merupakan destinasi yang ideal untuk berkelah, berehat, berkhemah serta sesuai untuk aktiviti merentas hutan..

JERAM PASU
Terletak
di Kampung Padang Pak Amat dan boleh dikunjungi secara berkenderaan
sehingga ke destinasi. Ia merupakan kunjungan orang ramai ke air terjun
yang paling popular. Airnya yang jernih, sejuk serta nyaman pastinya
akan mengembirakan dan memuaskan hati setiap pengunjung.
LATA REK
Lata Rek merupakan salah satu air terjun yang menjadi tariakkan di Kelantan..Ia merupakan air terjun yang terdapat di Kuala Krai dengan ketinggiannya tidak lebih 20 meter dan 100 meter panjang. Terlekat 27 km dari Kuala Krai- Gua musang dan mengambil masa kira-kira 30 minit. Ia juga merupakan salah satu tarikan rekreasi yg popular di Kuala Krai. Lata rek digemari oleh pengunjung kerana kedalaman air yang cetak dan bersih sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda. Kemudahan asas juga tersedia untuk keselesaan para pengunjung.
Hmmm bkkn setakat air terjun je ada taw, pantai pn bnyk jgk kt Kelantan ni kalaw korang nk taw..petang2 ramai orang pergi ambik angin kt tepi pantai..tenang je rase taww !! yala dpt tgk laut biru yg luas..dpt release tension plak tuu..
Pantai
ini lebih dikenali dengan nama ‘PCB’ dikalangan penduduk setempat
kerana kawasan pantai ini kini menjadi daya tarikan pelancong yang
semakin popular. Ini kerana para pengunjung dapat menikmati minuman buah
kelapa muda yang segar dan dapat menjamu selera dengan makanan ringan
sambil menghirup udara laut yang nyaman. Selain itu, permandangan desa
yang tenang dan dikelilingi pepohon yang meredup adalah menjadi punca
tarikan di ‘PCB’ ini. Selain itu juga, antara yang menarik tentang
perusahaan di sini yang boleh dilawati ialah perusahaan industri desa
seperti batik, makanan dan barangan kraf yang terdapat di sepanjang
jalan menuju ke pantai ini. Pantai ini terletak 10 km dari Kota Bharu
dan terdapat banyak rumah-rumah chalet yang menawarkan penginapan yang
selesa. Disamping itu, singgah sebentar di Kampung Stay Pasir Belanda
untuk merasai cara hidup orang melayu.
PANTAI IRAMA, BACHOK
Pelbagai
pilihan juadah dan makanan ringan tempatan ada dijual di sini seperti
pisang goreng, cucur, bebola daging, naget dan minuman sejuk yang
menjadikan Pantai Irama destinasi yang diminati. Tambahan pula dengan adanya banyak tempat duduk dan gazebo yang disediakan untuk
pengunjung-pengunjung yang datang. Penduduk tempatan juga turut gemar
datang ke sini untuk bersantai sambil menjamu selera. Tidak kurang juga
yang datang berkelah di sini bersama-sama keluarga pada hujung minggu.
Perjalanan dari Kota Bharu ke Pantai Irama mengambil masa kira-kira 35
minit dengan menaiki kereta.
p/s : selamat berkunjung la yerrr !!!




No comments:
Post a Comment